Berhati-hati di jalan raya

Sempena cuti perayaan ini saya mengucapkan supaya berhati-hati di jalan raya. Di sini ada video untuk anda sbg peringatan.

- aKuLanGit -: Dating!!???

- aKuLanGit -: Dating!!???

LAWAK KENTUT

Suatu malam Sam duduk bersama-sama beberapa orang kawannya sambil minum di sebuah kedai di pinggir kota. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka sakit perut. Dia tak dapat menahan kentutnya.
Bagi menutup malu, kawannya, itu menendang kerusi di depannya hingga bunyi kentut tidak kedengaran.
"Kau boleh sembunyikan bunyi kentut itu tapi bagaiman dengan baunya?" kata Sam dengan selambanya.

Minyak naik

Seorang pemandu trak yang hendak ke Bangi, tiba-tiba terpandang papan tanda besar di hadapannya, "AWAS! JAMBATAN RENDAH DI HADAPAN." Pemandu trak itu caba u-turn, tapi tak sempat dan DAMMM! Trak itu tersangkut di bawah jambatan. Apa lagi, traffic jamlah jawabnya. Setengah jam kemudian, polis trafik pun sampai. Polis itu terus pergi kat trak.
Polis: Tersangkut kat jembatan ke encik?
Pemandu: Bukan macam tu, tuan. Sebenarnya saya nak hantar jambatan ni ke Bangi, tapi minyak habislah pulak. maklumlah, minyak mahal sekarang ni.

Larian Marathon

Samy terkejut tengok beratus-ratus orang berlari di tengah jalan. Pelik, semuanya pakai kasut getah, seluar pendek, singlet dan ada nombor. Samy bertanya kepada seorang budak sekolah di sebelahnya.
Samy: Apasal ini semua orang berlari?
Bdk Sekolah: Dia orang masuk pertandingan maratonlah, Encik Samy. Siapa menang dapat hadiah.
Samy: Itu macam ka? Kalau sudah tau pemenangnya satu orang juaga, apa pasal semua orang mau lari juga?

Pak Pandir

Ketika pergi melawat saudaranya di Hospital Sakit Jiwa Tanjung Rambutan, Pak Pandir pun bertanyalah kepada pengarah hospital tersebut.

Pak Pandir: Tuan pengarah, apa kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu patut ditahan di wad, atau sebaliknya.

Tuan Pengarah: Senang aja, kita akan penuhkan dalam kolah di bilik air, kemudian berikan sudu, cawan dan besen kepada pesakit, suruh mereka keringkan kolah itu.

Pak Pandir: Oh, saya faham, saya faham! Kalau orang tu berfikiran waras, dia akan buang air dalam kolah menggunakan besen sebab besen lebih besar daripada sudu dan cawan. Betul kan macam tu tuan pengarah?

Tuan Pengarah: Tak!Orang yang waras akan cabut penyumbat lubang kolah tu.! Sekarang Pak Pandir beritahu saya, Pak Pandir nak bilik kat tingkat atas ke tingkat bawah?

Kesian budak ni.....

Remy pulang dari sekolah dengan muka monyok. Apabila ditanya, Remy pun bercerita pada neneknya yang buta huruf dan tidak pernah bersekolah itu.

Remy : Nenek, saya kena marah dengan cikgu.
Nenek : Kamu buat silap apa, Remy?
Remy : Saya tak dapat jawab soalan cikgu.
Nenek : Cikgu tanya apa pada Remy?
Remy : Cikgu tanya, di mana letaknya Turkmenistan?
Nenek : Laa..... itu pun Rem tak tau! Lain kali kalau Remy dah letakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!