Alangkahnya BESTNYA kalau....

  • Saya ni kemana-mana jalan kaki jer lah. Takde transport sendirilah katakan. Tak mampu nak beli. Tapi kira ok jugaklah sebab saya anggap berjalan ke sana ke mari sebagai satu senaman untuk menyihatkan tubuh badan. Macam mana pun alangkah bestnya kalau dapat basikal….cepat sikit nak pergi kemana-mana.
  • Dapat jugak saya beli basikal hasil simpan duit syiling dalam rabung ayam. So, sekarang ni berkayuh basikallah saya ke sana ke mari. Cepat sikit berbanding jalan kaki dulu.Ni pun kira senaman jugaklah tapi kepala lutut terasa nak tercabut dari tempatnya berkayuh berhari-hari.Alangkah bestnya kalau dapat motosikal ... boleh bawak awek,boleh merempit dan mencilok. Pasti akan lebih cepat sampai ke tempat yang saya pergi.
  • Memang best merempit ke sana ke mari. Saya bergerak dengan lebih cepat dan pantas. Cuma kadang-kadang bila hujan terpaksa berteduh di bawah jambatan, bus stop ke. Ada baju hujan pun kadang tak banyak membantu lebih-lebih lagi kereta laju langgar air bertakung! Time macam gini alangkah bestnya kalau ada kereta... hujan tak basah, panas pasang air-cond. Nak bawak awek pun lebih selesa.
  • Dengan kereta yang saya beli hutang ni, lebih jauh perjalanan lebih terasa best pulak hidup ni. Tapi... alamak! Hari-hari nak pegi balik kerja sangkut berjam-jam dalam kesesakan. Sesak nafas saya dibuatnya. Janji dengan awek ke member ke mesti lewat 2 jam atau lebih. Tu belum isi minyak, member nak pinjam , servis lagi,huhuhu. Saya rasa dalam kebuntuan ni alangkah bestnya kalau.....
  • Naik pengangkutan awam. Naik tren best jugak terus laju sebab takde jem. Tapi kalau asyik delay dan orang berpusu-pusu masuk dalam tren ni dengan kesesakan orang dalam tren ni... Alangakah bestnya kalau....
  • SAYA JALAN KAKI MACAM DULU!! Takde nak menempuh benda-benda yang sesak nafas nih!!!!!!

0 comments:

Post a Comment