MATAHARI
Ada 2 orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa.Orang gila 1: (Sambil naik atas meja) Kamu tau tak?
Orang gila 2: Tau apa?
Orang gila 1: Aku ni matahari(sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi). Lihatlah bersinarnya dunia ni disebabkan aku!
Orang gila 2: (Dalam hati) jangan-jangan dia bertambah mereng. Aku mesti lapor pada doktor, biar dia diperiksa.
Orang gila 2 tadi berlari pergi ke bilik doktor dan menceritakan parkara yang berlaku.
Orang gila 2: Doktor, kawan saya mungkin bertambah gilanya.
Doktor : Mengapa?
Orang gila 2: Benar doktor, dia naik atas meja sambil mengangkat tangannya. Dia cakap dialah matahari, dunia terang kerana dia.
Doktor : Kalau begitu suruhlah kawan kamu turun.
Orang gila 2: Jangan doktor!, nanti kalau dia turun gelap dunia ni.
Doktor : ???!!?????
0 comments:
Post a Comment